Awan Khalid. Powered by Blogger.
Coretan Musafir Lakar garis kehidupan dengan dakwat mardhatillah

Blog Archive

  • Home
  • Ceritera
    • nostalgia IPG
    • nostalgia sekolah
    • usrah
    • kembara
    • seni
  • Isu Semasa
  • Info
    • PPPM
    • Dasar Pendidikan
    • Usrah
    • Fikrahku
  • Lirik
  • Video

CATEGORY >

Showing posts with label Usrah. Show all posts
“Assalamualaikum sahabat semua!”

Salam abang naqib dibalas dengan bersemangat. Sambil tersenyum,“Waalaikumussalam.”

Abang naqib memandang wajah sahabat-sahabat usrah yang dikasihi. Tersenyum. “Alhamdulillah, pada hari ini kita bersua sekali lagi dengan izin Allah untuk bertemu dengan sahabat usrah. Lepak kita ini lepak yang berilmiah. Bahkan dekat sekali dengan kalimah yang memuji dan mengingati Allah. Bagaimana pesanan mesej dalam ‘whatsapp’ abang dua hari lepas? Tugasan abang berikan ialah mencari huraian ayat 133 dan 134 dalam surah Ali ‘Imran.”


Kebiasaannya?


Ahli usrah pertama: Alhamdulillah abang, lima belas minit sebelum bermula usrah kita tadi, saya sempat cari dalam internet.

Ahli usrah kedua: Erm… semalam saya nak cari abang. Tapi kawan saya ajak main PES 2015. Baru keluar game ni, takkan nak lepaskan peluang?

Ahli usrah ketiga: Walau saya sibuk, saya sempat menelaah tafsir sebaik sahaja mesej abang sampai kepada saya. Dalam ayat ini, perkara yang paling menarik perhatian saya ialah al-Kazhimin. Menurut al-Qurtubi, makna asalnya ialah mengembalikan ke dalam bekas. Perkara ini sesuai ayat 134 yang memaksudkan wal kazhimin itu ialah ‘dan orang yang menahan kemarahannya…’.

Kisah Ahli Usrah Pertama

Lihat. Kebiasaannya akan ada tiga kelompok yang saya namakan ahli usrah pertama, ahli usrah kedua dan ahli usrah ketiga. Ahli usrah pertama akan mencari maklumat pada saat hampir dengan sesi usrah pada hari tersebut. Seandainya diberikan masa setahun sekalipun, pada hari yang ditetapkan itulah baru dia tergesa-gesa mencari maklumat dan tugasan naqib tersebut.

Golongan seperti ini kuat berdalih. Masa tak cukup, tugasan kuliah menghalang dia mencari tugasan usrah yang dikehendaki naqib, terlupa tugasan naqib berikan, dan alasan serupa cuma berubah-ubah olahannya agar jawapan itu dapat menenangkan hati dan jiwa diri sendiri. Pendek kata? Syok sendiri!

Eh, tak habis lagi? Memanglah. Saya nak bawa kisah ahli usrah pertama ini bila dia menjadi naqib pula. Apa yang akan terjadi? Usrah jadi hancur. Pengisian kosong. Huraian goreng sampai hangit. Bau hangit tapi masih tersenyum tak sedar diri bahawa diri sendiri merosakkan bakal daie yang sedang dibentuk!

Kisah Ahli Usrah Kedua

Ahli usrah kedua ini lagi kuat berdalih. Hatinya amat kering. Walaupun alasannya nampak sudah dia bersalah, tapi diputarkan sehingga dinampakkan naqib pula bersalah, dia pula dizalimi. Hebat bukan? 

Betulkah realitinya begini? Tepuk dada, sentuh hati, tanya iman. Memang wujud. Keadaannya sama seperti ahli usrah pertama. Tetapi masalah paling teruknya pada gerak kerja dakwah pun dia aplikasi seni putar belitnya itu sehingga dakwah pun terbengkalai kerana dia.

Sedih bukan?

Bagaimana kita nak lahirkan daie yang kompeten? Seandainya dicampak satu tempat keseorangan. Sudah hilang usrah sebelum ini dilakukan. Ilmu? Baca sekadar naqib berikan. Itu pun tidak pasti melekat atau tidak dalam kepalanya. Akhirnya dia diam diri. Tenggelam dalam lubuk lagha berkekalan.


Kisah Ahli Usrah Ketiga

Saya bertanya kepada anda. Ya! Siapa lagi ada di sini melainkan anda dan saya? Apakah yang akan berlaku kepada ahli usrah ketiga ini? Lain orang lainlah pandangan. Saya nampak dia bakal menjadi daie yang kompeten. Dia bakal mewujudkan qaryah takwa di setiap tempat yang dia lalui. Melampau bukan imaginasi saya? Apa yang berlaku, dakwah hanyalah ikhtiar dan usaha kita. Yang berkuasa membolak balik hati manusia itu hanya Allah Azza wa Jalla.

Bermula dari sekarang, kita ubah diri kita.

Ingat!

Bila kita berubah, usrah kita bukan lagi poyo.
Bila kita berubah, usrah kita adalah markaz bintang daie bersinar.

Sekiranya anda naqib, anda bakal mendapat saham akhirat yang banyak daripada perkaderan usrah anda. Sekiranya anda mad’u usrah, anda bakal melangkah dunia yang pahit banyak kerana itu jalan mudah untuk ke syurga idaman semua.

Insya-Allah.

Ada apa-apa masalah ingin dikongsikan, atau cadangan penambahbaikan penulisan saya?

Sila emelkan ibnukhalid313@yahoo.com atau awankhaled@tarbiyyahkreatif.com
Share on:
“Satu… Dua… Tiga!”

Sheila Majid tersenyum apabila melihat gambarnya bersama kawan karibnya Emma Maembong dan Rafiah Buang kelihatan menarik sekiranya dipaparkan dalam Facebook dan Instagram.




Tanpa disedari, kelibat Siti Saleha menghampiri mereka. Tersenyum Siti Saleha melihat adik-adik usrahnya bergembira. Dalam jarak dua tiga langkah lagi menghampiri mereka bertiga, Siti Saleha memberikan salam.

“Assalamualaikum kawan-kawan!”

Sheila Majid dan Emma Maembong terkejut melihat sosok tubuh naqibah mereka menjelma tiba-tiba di hadapan. “Eh, Kak Saleha!”

“Waalaikumussalam kak…”

“Bila kak…” Masing-masing berpandangan antara satu sama lain bila menyedari masing-masing hampir serentak bertanyakan soalan yang sama. Sekali lagi mereka tergelak.

Sheila Majid tepuk belakang Rafiah Buang, “Awaklah tanya. Nanti tak pasal-pasal kita tanya soalan serentak macam tadi.”

“Bila kak mari? Kami tak perasan pun kak sampai di sini.”

Siti Saleha membalas, “Ala… baru saja akak melintas kat sini. Kamu ni dah lama dah selfie ye?”

“Ha’ah… Saja main-main dulu sebelum bermula sesi ohana kita di sini.”

Kak Saleha rupanya hadir bukan dengan tangan kosong, rupa-rupanya dia membawa bekalan makanan ala barat seperti ‘sandwich’, kentang goreng dan ‘cheezy wedges’. Emma mengesat air liur yang hampir keluar disebabkan kelazatan bekalan yang dibawa oleh naqibah mereka. Hiperbola pula saya ceritakan ini. Haha…

Selepas sesi ohana sebentar tadi, mereka menikmati hidangan yang dibawa oleh Kak Siti Saleha.
“Boleh kak nak lihat gambar kamu selfie tadi?”

Terus Sheila membuka aplikasi gambar dalam Sony Xperia Z. “Yang ni kak. Kalau kak nak lihat gambar seterusnya kak tekan macam ni…”

Kak Saleha tersenyum, “Terima kasih.”

Sambil melihat gambar tersebut, Siti Saleha sekali lagi bertanyakan soalan kepada Sheila, “Apa perasaan kamu apabila berselfie?”

“Gembira kak. Lebih-lebih lagi bila gambar tu cantik.”

Jawapan yang sudah dijangka. Sungguh berseni Siti Saleha dalam memberikan kefahaman kepada adik-adik usrahnya.

“Seandainya kita selfie dan apa yang ditangkap pada gambar itu adalah dosa kita… Macam mana?”

“Emma rasakan, mesti kita ingin bertaubat sungguh-sungguh. Maklumlah kita nampak dosa kita yang menggunung.” Emma cuba menjawab. ‘Hampir tepat’, getus hati Saleha.

“Kita selaku muslimah, apakah lebih sesuai berselfie dan paparkan gambar tersebut di Instagram?”

“Rasanya Rafiah boleh mencuba…”

“Insya-Allah kak saya cuba menjawab. Rasanya tak patut kita berselfie. Nampak tak berapa sopan. Lelaki kat luar tu mungkin buat tahu pada gambar kita paparkan. Melainkan dalam keadaan ramai atau kita selfie dan kita kaburkan wajah kita pada gambar tersebut.”

“Benar kata adik tu. Tak salah kalau berselfie untuk simpanan sendiri. Tetapi ingat, teknologi sekarang mudah sahaja ceroboh dan mengambil gambar kita dalam internet. Sebaik-baiknya kita cuba elakkan.”

“…dan lagi satu, tentang selfie diri. Jangan lupa untuk bermuhasabah diri. Memang masing-masing ada kekurangan. Kekurangan itu membantu kita menjadi lebih baik untuk menjadi insan sempurna di mata Allah.”

Serentak mereka membalas, “Insya-Allah kak!”


Ada apa-apa masalah ingin dikongsikan, atau cadangan penambahbaikan penulisan saya?

Sila emelkan ibnukhalid313@yahoo.com atau awankhaled@tarbiyyahkreatif.com
Share on:
  • ← Previous post

About Me

Awananology Studio
View my complete profile
  • Coretan blog ini berkenaan travelog diri saya
  • Assalamualaikum, Namaku Hazwan. I'Guru pelatih tahun akhir PISMP di IPG KDRI.
140x140

Hazwan Khalid

Pemilik blog

Popular Posts

  • Otak dan Ayat 30 Surah an-Nur
    “Kenapa mamat hensem tu usha aku semacam je?” “Aku tak selesalah berada sini. 3 orang lelaki kat depan tu tak berhenti tenung aku.” ...
  • Ibrah Nabi Ibrahim, Ibrah Aidil Adha
    Bicara tentang aidiladha, bicara juga ibrah Nabi Ibrahim. Kisah Cinta seorang bapa, tawakal tinggi si anak, kasih sayang seorang ibu da...
  • Usrah Yang Poyo!
    “Assalamualaikum sahabat semua!” Salam abang naqib dibalas dengan bersemangat. Sambil tersenyum,“Waalaikumussalam.” Abang naqib mem...
  • Taaruf Sebelum Bernikah
    “Ustaz, cinta sebelum bernikah. Perkara ini ada tak dalam Islam?” Ini merupakan soalan paling kerap yang ditanya. Soalan di atas sebe...
  • Jom Kita Berselfie!
    “Satu… Dua… Tiga!” Sheila Majid tersenyum apabila melihat gambarnya bersama kawan karibnya Emma Maembong dan Rafiah Buang kelihatan men...
  • Minggu Orientasi 1
    Hari ini merupakan malam pertama minggu orientasi kami. Selepas selesai solat isyak, kami kena berkumpul di hadapan  Balai Islam Al-Muttaqi...
  • Doakan Ana Ye!
    Sahabat yang baik adalah sahabat yang senantiasa berdoakan untuk kebaikan sahabatnya di dalam doanya. Kebiasaannya orang-orang soleh yang...
  • "Maafkan Abah..."
    Kisah ini adalah kisah benar. Sama-sama kita renungkan dan jadikan pengajaran. Insya-Allah Hari yang cukup meletihkan. Menyakitkan. Mem...
  • Aku di IPG 5 tahun
    2009 Pada tahun 2009, aku ditawarkan melanjutkan pelajaran di IPG. 2011  Antara kenangan aku tidak lupa ialah memegang jawatan se...
Facebook Twitter Gplus RSS
Labels
  • al-Quran
  • Baitul Muslim
  • Fikrahku
  • Usrah

My Blog List

  • Saifulislam.Com
    Antara Socrates dan Salamis: Merenung ‘Kerosakan’ Anak Muda dalam Memori Sejarah
    5 months ago
  • LATIF MAULAN
    Gallops of Champions - Oil Painting on Canvas
    1 year ago
  • Blog Aku ISLAM
    Adakah Kaki Yang Dipotong Perlu Di Solat Jenazah?
    5 years ago
  • " Selamat Tinggal "
    Sendiri Ku Diam
    9 years ago
  • Kisah Teladan Islamik
    Amerika: Negara Islam yang dimurtadkan
    11 years ago
  • Mujahidah Pemburu Syahid
    Isu Aurat – Debat Ustaz vs Gadis Liberal
    13 years ago
  • BURHANSHADIQ
latest comments
Awan Khaled @Hazwan_Khalid
@PK 1 Ini tweet saya@Hazwan Khalid
Reply Retweet Favorite

Dimulai 04 Oktober 2014

Awan Khaled @Hazwan_Khalid
@PK 1 Ini tweet saya@Hazwan Khalid
Reply Retweet Favorite

Dimulai 04 Oktober 2014

Awan Khaled @Hazwan_Khalid
@PK 1 Ini tweet saya@Hazwan Khalid
Reply Retweet Favorite

Dimulai 04 Oktober 2014

Blog ini memaparkan kehidupan dan cetusan daripada saya.

Facebook Twitter Flickr Gplus Youtube

Coretan Musafir

Lakar garis kehidupan dengan dakwat mardhatillah

  • Home