Sahabat yang baik adalah sahabat yang senantiasa berdoakan
untuk kebaikan sahabatnya di dalam doanya. Kebiasaannya orang-orang soleh yang
ditemui oleh saya akan sampaikan pesanan seperti, “Enta tolong doakan ana ye.”
Ayat ini menjadi kelaziman kepada saya apabila bertemu
dengan sahabat yang dekatnya diri mereka dengan amalan yang dilakukan oleh para
ulama. Akhlak mereka cukup manis untuk dirasai, cukup harum untuk dihidu terasa
diri yang penuh noda maksiat. Apatah lagi pahala mungkin diri ini tidak pernah
kunjung tiba atau jarang-jarang dilakukan.
Apa yang saya ingin titipkan buat sahabat yang membaca,
dekatilah orang yang soleh. Nescaya kita akan merasakan diri kita amat hina.
Ya, cukup hina ini masa terbaik untuk kita bermuhasabah. Masa yang cukup baik
untuk kita menyedari bahawa kita hanya hamba Allah serba kekurangan dan
kelemahan. Masa yang sesuai untuk kita bertaubat kepada Allah atas dosa yang
dilakukan oleh kita sebelum ini.
Mudah-mudahan Allah mengampuni dosa kita.
Pesanan terakhir kepada pembaca, “Kamu tolong doakan untuk
diri saya ye. Biar jadi baik. Menjadi anak soleh, insan yang baik untuk
berbakti kepada masyarakat dan guru yang bakal menunjukkan akhlak baik kepada
anak murid. Ameen.”
Ada apa-apa masalah ingin dikongsikan, atau cadangan
penambahbaikan penulisan saya?


0 comments