Awan Khalid. Powered by Blogger.
Coretan Musafir Lakar garis kehidupan dengan dakwat mardhatillah

Blog Archive

  • Home
  • Ceritera
    • nostalgia IPG
    • nostalgia sekolah
    • usrah
    • kembara
    • seni
  • Isu Semasa
  • Info
    • PPPM
    • Dasar Pendidikan
    • Usrah
    • Fikrahku
  • Lirik
  • Video

Hi, We are Coretan Musafir /

The place where we write some words

Kisah ini adalah kisah benar. Sama-sama kita renungkan dan jadikan pengajaran. Insya-Allah


Hari yang cukup meletihkan. Menyakitkan. Memeritkan. Empat jam penuh debaran dan bergelut dengan nyawa akhirnya disudahkan dengan tangisan.
Tangisan seorang bayi lelaki. Tangisan kegembiraan diri sendiri juga. Suami di sisi juga mengalirkan air mata. Anak sulung kami.
Ajaib. Terasa hilang seketika seluruh kesakitan melahirkan tadi tatkala melihat bayi lelaki yang masih kemerahan kulit badannya di depan mataku sendiri.
Alhamdulillah. Syukur yang tak terhingga. Jururawat membawa anak sulungku itu ke sisiku.
Ku kucup pipinya yang comel. Bayi yang tengah menangis tadi mereda tangisannya. Mungkin mengenali aku ini ibunya.
“Mama dan abah tunggu kamu sembilan bulan, tau.”
Bergenang air mataku sekali lagi mengingatkan peritnya dan besarnya dugaan selama mengandungkan anak pertama. Dengan pelbagai ragam diri sendiri, asyik nak muntah, cepat sensitif, cepat nangis, cepat marah, asyik nak pitam pening kepala. Tuhan sajalah yang tahu. Nasib baik dapat suami yang memahami.




Kami bernikah tahun lepas. Terus BUNTING pelamin. Suamiku orang biasa saja. Bukan ‘suamiku ustaz’ bagai tu semua. Taklah kaya. Cukuplah apa adanya. Cukup ada rumah sewa untuk didiami, cukup makan pakai sekadarnya.
Aku pun biasa-biasa. Macam orang keramaian saja. Tudung pun tak betul lagi. Suamiku kata, ‘nanti awak dah ready, pakailah betul-betul.’ Dia sendiri pun masih dengan seluar pendeknya bila keluar dari rumah. Aku pernah tegur. Dia kata, dia pun tak ready lagi. Sama macam aku tak ready.
Jururawat dah selesai mencuci bersih anak kami, berbungkus selimut. Dah wangi-wangi. Menyerahkannya kepada kami.
Doktor pun sudah menyelesaikan tugasnya, cuci luka dan sebagainya yang berkaitan. Aku dipindahkan ke katil dan wad lain yang telah siap disediakan.
Mertuaku dan ayah mak dah ada di sisi. Semua orang ada. Dengan muka gembira. Yang tua, happy dapat timang cucu. Aku dan suami happy dengan orang baru dalam keluarga kami. Dipeluk cium bayiku yang comel tu.
“Azankanlah di telinga budak tu.”
Ibuku bersuara. Diserahkan bayi dalam dakapannya tadi kepada suamiku. Suamiku menyambutnya dengan cermat.
“Kena azan ke?” Suami bertanya. “Wajib eh?”
Doktor lelaki yang ada di situ mencelah.
“Ustaz Zahazan kata, apabila anak itu lahir, maka hendaklah diazankan pada telinga kanan bayi dan diiqamatkan pada telinga kirinya seperti hadis diriwayatkan al-Baihaqi dalam kitab asy-Syu’ab daripada hadis Hasan bin Ali RA daripada Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang dianugerahkan seorang bayi, lalu dia mengumandangkan azan di telinga kanannya dan iqamat di telinga kirinya, maka bayi itu akan dijauhkan daripada Ummu Syibyan.”
Menurut sebahagian ulama, Ummu Syibyan adalah jin perempuan. Ada yang mengatakan apa saja yang menakutkan anak dan ada yang mengatakan angin yang menyebabkan sakit.”
Suamiku terdiam seketika.
Dalam 10 minit dia diam. Ibu bapaku dah rasa pelik. Dah kenapa pula dengan menantunya itu.
Tiba-tiba suamiku itu menangis. Menitiskan air matanya. Jatuh menitik ke muka anak kami.
“Maafkan abah. Abah tak pandai nak azan. Sungguh, abah tak reti.”
Aku sebak. Ibu bapaku terkejut sedikit. Namun, tenang saja. Mentuaku nampak seakan dah tahu.
“Abah tak jujur pada mama kamu. Bila masuk waktu solat, abah kata nak pergi masjid. Tapi, sebenarnya abah tak pergi pun.
Abah keluar lepak dengan kawan-kawan. Abah tak pernah jadi imam di rumah untuk mama kamu. Apatah lagi mengajar mama Al-Quran. Abah tak reti. Maafkan abah. Maafkan abah.”
Suamiku itu terus menangis sambil mendakap anak lelaki sulungnya itu. Anak itu tidak pula menangis. Seakan-akan memahami ayahnya sedih.
“Maafkan saya, ma, abah. Maafkan saya.”
Suamiku itu meminta maaf dengan parentsku dan mentuaku. Aku turut menitiskan air mata. Selama ini, suamiku itu tak pernah macam hari ni.
“Takpe. Biar ayah saja azankan. Tapi, janji dengan ayah dan mak, lepas ni kamu berdua kena sama-sama pergi belajar agama. Kamu suami adalah pemimpin keluarga.
Baiki diri. Jangan selesa dengan perangai zaman bujang. Dah tak sama dengan zaman berkeluarga. Dekatkan diri dengan Allah. Kamu yang akan bawa anak dan isteri kamu kepada Syurga Allah.
Kita keturunan Nabi Adam dan Hawa yang berasal dari Syurga. Kampung asal kita di sana. Kita tak nak balik ke kampung yang satu lagi tu.”
Suamiku bangun dan memeluk ayahku, memeluk ayahnya. Berjanji akan berubah sepenuh hati. Menangis-nangis menyesal dan insaf.
Syukur. Anak yang baru lahir itu adalah pencetus hidayah Allah kepada suami dan aku sendiri.
Aku tersenyum dalam tangisan. Moga semua lelaki di dunia ini persiapkan diri dengan agama sebelum berkeluarga. Jangan diharap pada si isteri yang kena merubah suami.
Mohon sayangi isteri dan suami masing-masing walaupun tidak sempurna sikapnya, soleh atau solehahnya. Allah dah satukan kamu berdua kerana Dia tahu pilihan-Nya terbaik. Sama-sama berubah ke arah lebih baik.


**
Kisah benar ini diceritakan oleh kawan penulis Muhammad Rusydi.
Share on:
“Kenapa mamat hensem tu usha aku semacam je?”

“Aku tak selesalah berada sini. 3 orang lelaki kat depan tu tak berhenti tenung aku.”

Kepada wanita yang membaca dua situasi dialog di atas, pernah tak perkara ini berlaku kepada anda?

                    ***********                                                          ***********

“Owh, ketat awek ni pakai baju… Tengok peha dia mengancam…”

“Wow, seksi awek ni. Kalau adjust dia buat jadi awek je boleh tahan ni…”

Buat lelaki, pernah anda dengar dua ayat di atas ni? Ayat di atas ni saya dah ubah suai menjadi lebih ‘sopan’ berbanding perbualan sebenar kaum lelaki terutamanya mereka yang tidak menjaga pandangan. Sekiranya kaum Hawa mendengar perbualan sebenar kaum Adam yang tidak menundukkan pandangan ini, nescaya kamu akan sentiasa memakai tudung labuh, baju longgar yang tidak menampakkan susuk tubuh.

Saya pernah terfikir, kenapa lelaki ada kecenderungan untuk memandang wanita? Kenapa ayat surah an-Nur ayat 30 memerintahkan lelaki menundukkan pandangan dan bukan memalingkan pandangan terus?

Sehingga beberapa tempoh, saya akui saya gagal mendapatkan jawapan ini secara ilmiah. Adakah saya meragui keagungan kuasa Allah? Tidak, cuma ini adalah daya ingin tahu dan ingin menambahkan keimanan saya yang tipis dengan kebesaran Allah menciptakan kita.

Bahkan sekiranya kita membuka kitab kuning Penawar Bagi Hati, kita akan bertemu pada keterangan yang mengatakan lelaki mempunyai respon nafsu melalui pandangan berbeza dengan wanita. Sebab itu lelaki wajib menundukkan pandangan.

Bulan lepas saya membaca buku ‘Why Mars And Venus Collide’ yang dihasilkan oleh John Gary yang pakar dalam perhubungan manusia. Beliau membawa hujah saintifik dalam memperkatakan kenapa lelaki mempunyai kecenderungan memandang wanita.

Dalam otak manusia terdapat struktur berbentuk kacang almond yang terletak di bahagian hadapan otak. Itulah dinamakan amigdala. Amigdala dalam otak lelaki dan wanita berfungsi dengan cara berbeza. Dalam otak lelaki, wujud banyak hubungan dari amigdala ke korteks visual, yang bermaksud lelaki lebih reaktif terhadap stimulasi visual berbanding wanita.



Keadaan ini menjelaskan kenapa lelaki lebih cenderung wanita lain. Korteks visual lelaki diaktifkan ketika diberikan ‘cabaran’. Ini membuktikan sabda junjungan “Tidaklah aku tinggalkan setelahku suatu fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki (melainkan fitnah yang datang dari) wanita.” ( Bukhari (9/5096); Muslim (4/2097), Ibnu Majah (3998) dan At-Tirmidzi (2780) dan dia berkata: “Hadis Hasan Sahih”) merupakan kebenaran melalui sains. Wanita itu adalah cabaran utama lelaki. Ini kerana manifestasi kepada perkara yang merangsang tenaga dalam otaknya.

Berkata Imam Ibnu Hajar rahimahullah : hadis ini menerangkan bahwa fitnah wanita itu paling dahsyat dibandingkan fitnah selainnya, sebagaimana yang telah diperkuat dengan firman Allah subhanahu wa taala : "Dihiasi bagi manusia kecintaan terhadap apa-apa kesukaan manusia berupa syahwat terhadap wanita.." (Ali Imran:14) maka Allah menjadikan kecintaan terhadap mereka sebahagian dari syahwat yang disukai manusia, dan Allah menempatkan mereka pada posisi pertama sebelum fitnah lainnya sebagai bentuk isyarat bahawa mereka adalah sumber segala fitnah.

Imam Muslim meriwayatkan dari hadis Abu Sa’id raahimahullah:
واتقوا النساء، فإن أول فتنة بني إسرائيل كانت في النساء.“Takutlah kalian terhadap (fitnah wanita) karena sesungguhnya awal fitnah yang menimpa Bani Israil adalah disebabkan wanita”.


Al-Imam An-Nawawi raahimahullaah berkata dalam Syarah Sahih Muslim (8/187): “Para ulama mengatakan, makna hadis itu adalah penampilan wanita membangkitkan syahwat dan mengajak kepada fitnah. Kerana itu Allah Subhaanahu wa taala telah menjadikan adanya kecenderungan atau kecintaan kepada wanita dalam hati para lelaki, merasa nikmat melihat kecantikannya berikut segala sesuatu yang terkait dengannya. Sehingga seorang wanita ada sisi keserupaan dengan syaitan dalam hal mengajak kepada keburukan atau kemaksiatan melalui was-was serta dinampakkan indahnya kemaksiatan itu kepadanya.

Al-Imam An-Nawawi raahimahullaah berkata dalam Syarah Sahih Muslim (8/187): “Para ulama mengatakan, makna hadis itu adalah penampilan wanita membangkitkan syahwat dan mengajak kepada fitnah. Kerana itu Allah Subhaanahu wa taala telah menjadikan adanya kecenderungan atau kecintaan kepada wanita dalam hati para lelaki, merasa nikmat melihat kecantikannya berikut segala sesuatu yang terkait dengannya. Sehingga seorang wanita ada sisi keserupaan dengan syaitan dalam hal mengajak kepada keburukan atau kemaksiatan melalui was-was serta dinampakkan indahnya kemaksiatan itu kepadanya.



“Sesungguhnya wanita itu datang dalam bentuk syaitan dan berlalu dalam bentuk syaitan pula. Apabila salah seorang daripada kalian melihat seorang wanita (dan bangkit syahwatnya) maka hendaknya dia mendatangi isterinya, kerana hal itu akan mengembalikan apa yang ada pada dirinya (meredakan syahwatnya).” (Muslim).

Namun bukanlah kesalahan ini diletakkan pada pundak wanita seratus peratus tanpa melihat kelemahan lelaki yang gagal menurut perintah Allah untuk menundukkan pandangan. Ingat, datang perintah Allah pada ayat 30 surah an-Nur untuk menundukkan pandangan barulah seterusnya turunnya ayat 31 memerintahkan wanita muslimah menutup dada mereka.

Sekiranya lelaki muslim tetap hadapi godaan wanita, maka contohi keteguhan Nabi Yahya yang digoda oleh Herodia iaitu anak saudara pemimpin Rom di Palestina iaitu Herodus. Contohi keberanian Nabi Yusuf dalam melawan godaan Zulaikha ibu angkatnya sendiri.


Andainya belum berkemampuan untuk berkahwin, maka baginda Sallahu alihi wa alihi wasallam bersabda:
” Wahai pada pemuda, barangsiapa yang mempunyai kemampuan dari kalangan kamu, maka berkahwinlah, kerana kahwin itu boleh menjaga pandangan dan boleh menjaga kehormatan. Jika kamu tidak mampu maka berpuasalah, kerana pada puasa itu ada penjagaan ”(Muttafaqun alaih)
Kata mereka, nabi anjurkan berpuasa untuk orang yang tidak mampu berkahwin. Lalu, golongan-golongan yang berada dalam keadaan wajib kahwin pun disekat dengan hujah yang sama. Pada saya, ini jelas sekali tidak memahami syariat. Islam bukan suatu agama yang sedemikian zalim, sehingga membebankan manusia dengan apa yang dia tidak mampu. Islam itu agama rahmat, jadi jangan sampai kerana kita, orang lain gagal melihat rahmatnya Islam.
Anjuran berpuasa itu terpakai untuk golongan yang hukum kahwin pada mereka masih di tahap harus mahupun sunat. Adapun di tahap wajib, ia tidak terpakai. Sebaliknya wajib berusaha dan ditolong semampu mungkin untuk mereka berkahwin.
Ada juga pendapat yang menganjurkan mengembara, supaya dapat melarikan fokus daripada berkahwin. Sekali lagi, pendapat ini terpakai untuk keadaan harus dan sunat sahaja. Adapun dalam keadaan wajib, ia lebih merosakkan berbanding memberi kebaikan.
Golongan yang berada dalam keadaan wajib kahwin ini wajar dibantu, bukan dikritik. Mereka ini ada kalanya tidak mampu tetapi sudah bersedia. Mereka bersedia untuk menjadi seorang suami, untuk memikul tanggungjawab, untuk menjadikan kahwin sebagai wasilah berubah dan menjadi seorang hamba Allah yang lebih baik. Tetapi mungkin mereka belum mampu terutama dari segi kewangan.
Patutkah diminta hantaran berbelas ribu pada mereka? 
Tidak patut sama sekali. Masalah ini dihadapi bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara Arab. Padahal Rasulullah pernah bersabda tentang hantaran yang baik adalah hantaran yang memudahkan. Bergantung seandainya lelaki tersebut kaya, mahar berupa wang RM 100,000 pun dianggap murah. Berbanding golongan yang miskin RM 100 itu sahaja kemampuan mereka yang ada untuk melangsungkan akad nikah.

Tepuk dada tanya iman.

Ada apa-apa masalah ingin dikongsikan, atau cadangan penambahbaikan penulisan saya?

Sila emelkan ibnukhalid313@yahoo.com atau awankhaled@tarbiyyahkreatif.com

Share on:
“Assalamualaikum sahabat semua!”

Salam abang naqib dibalas dengan bersemangat. Sambil tersenyum,“Waalaikumussalam.”

Abang naqib memandang wajah sahabat-sahabat usrah yang dikasihi. Tersenyum. “Alhamdulillah, pada hari ini kita bersua sekali lagi dengan izin Allah untuk bertemu dengan sahabat usrah. Lepak kita ini lepak yang berilmiah. Bahkan dekat sekali dengan kalimah yang memuji dan mengingati Allah. Bagaimana pesanan mesej dalam ‘whatsapp’ abang dua hari lepas? Tugasan abang berikan ialah mencari huraian ayat 133 dan 134 dalam surah Ali ‘Imran.”


Kebiasaannya?


Ahli usrah pertama: Alhamdulillah abang, lima belas minit sebelum bermula usrah kita tadi, saya sempat cari dalam internet.

Ahli usrah kedua: Erm… semalam saya nak cari abang. Tapi kawan saya ajak main PES 2015. Baru keluar game ni, takkan nak lepaskan peluang?

Ahli usrah ketiga: Walau saya sibuk, saya sempat menelaah tafsir sebaik sahaja mesej abang sampai kepada saya. Dalam ayat ini, perkara yang paling menarik perhatian saya ialah al-Kazhimin. Menurut al-Qurtubi, makna asalnya ialah mengembalikan ke dalam bekas. Perkara ini sesuai ayat 134 yang memaksudkan wal kazhimin itu ialah ‘dan orang yang menahan kemarahannya…’.

Kisah Ahli Usrah Pertama

Lihat. Kebiasaannya akan ada tiga kelompok yang saya namakan ahli usrah pertama, ahli usrah kedua dan ahli usrah ketiga. Ahli usrah pertama akan mencari maklumat pada saat hampir dengan sesi usrah pada hari tersebut. Seandainya diberikan masa setahun sekalipun, pada hari yang ditetapkan itulah baru dia tergesa-gesa mencari maklumat dan tugasan naqib tersebut.

Golongan seperti ini kuat berdalih. Masa tak cukup, tugasan kuliah menghalang dia mencari tugasan usrah yang dikehendaki naqib, terlupa tugasan naqib berikan, dan alasan serupa cuma berubah-ubah olahannya agar jawapan itu dapat menenangkan hati dan jiwa diri sendiri. Pendek kata? Syok sendiri!

Eh, tak habis lagi? Memanglah. Saya nak bawa kisah ahli usrah pertama ini bila dia menjadi naqib pula. Apa yang akan terjadi? Usrah jadi hancur. Pengisian kosong. Huraian goreng sampai hangit. Bau hangit tapi masih tersenyum tak sedar diri bahawa diri sendiri merosakkan bakal daie yang sedang dibentuk!

Kisah Ahli Usrah Kedua

Ahli usrah kedua ini lagi kuat berdalih. Hatinya amat kering. Walaupun alasannya nampak sudah dia bersalah, tapi diputarkan sehingga dinampakkan naqib pula bersalah, dia pula dizalimi. Hebat bukan? 

Betulkah realitinya begini? Tepuk dada, sentuh hati, tanya iman. Memang wujud. Keadaannya sama seperti ahli usrah pertama. Tetapi masalah paling teruknya pada gerak kerja dakwah pun dia aplikasi seni putar belitnya itu sehingga dakwah pun terbengkalai kerana dia.

Sedih bukan?

Bagaimana kita nak lahirkan daie yang kompeten? Seandainya dicampak satu tempat keseorangan. Sudah hilang usrah sebelum ini dilakukan. Ilmu? Baca sekadar naqib berikan. Itu pun tidak pasti melekat atau tidak dalam kepalanya. Akhirnya dia diam diri. Tenggelam dalam lubuk lagha berkekalan.


Kisah Ahli Usrah Ketiga

Saya bertanya kepada anda. Ya! Siapa lagi ada di sini melainkan anda dan saya? Apakah yang akan berlaku kepada ahli usrah ketiga ini? Lain orang lainlah pandangan. Saya nampak dia bakal menjadi daie yang kompeten. Dia bakal mewujudkan qaryah takwa di setiap tempat yang dia lalui. Melampau bukan imaginasi saya? Apa yang berlaku, dakwah hanyalah ikhtiar dan usaha kita. Yang berkuasa membolak balik hati manusia itu hanya Allah Azza wa Jalla.

Bermula dari sekarang, kita ubah diri kita.

Ingat!

Bila kita berubah, usrah kita bukan lagi poyo.
Bila kita berubah, usrah kita adalah markaz bintang daie bersinar.

Sekiranya anda naqib, anda bakal mendapat saham akhirat yang banyak daripada perkaderan usrah anda. Sekiranya anda mad’u usrah, anda bakal melangkah dunia yang pahit banyak kerana itu jalan mudah untuk ke syurga idaman semua.

Insya-Allah.

Ada apa-apa masalah ingin dikongsikan, atau cadangan penambahbaikan penulisan saya?

Sila emelkan ibnukhalid313@yahoo.com atau awankhaled@tarbiyyahkreatif.com
Share on:
“Satu… Dua… Tiga!”

Sheila Majid tersenyum apabila melihat gambarnya bersama kawan karibnya Emma Maembong dan Rafiah Buang kelihatan menarik sekiranya dipaparkan dalam Facebook dan Instagram.




Tanpa disedari, kelibat Siti Saleha menghampiri mereka. Tersenyum Siti Saleha melihat adik-adik usrahnya bergembira. Dalam jarak dua tiga langkah lagi menghampiri mereka bertiga, Siti Saleha memberikan salam.

“Assalamualaikum kawan-kawan!”

Sheila Majid dan Emma Maembong terkejut melihat sosok tubuh naqibah mereka menjelma tiba-tiba di hadapan. “Eh, Kak Saleha!”

“Waalaikumussalam kak…”

“Bila kak…” Masing-masing berpandangan antara satu sama lain bila menyedari masing-masing hampir serentak bertanyakan soalan yang sama. Sekali lagi mereka tergelak.

Sheila Majid tepuk belakang Rafiah Buang, “Awaklah tanya. Nanti tak pasal-pasal kita tanya soalan serentak macam tadi.”

“Bila kak mari? Kami tak perasan pun kak sampai di sini.”

Siti Saleha membalas, “Ala… baru saja akak melintas kat sini. Kamu ni dah lama dah selfie ye?”

“Ha’ah… Saja main-main dulu sebelum bermula sesi ohana kita di sini.”

Kak Saleha rupanya hadir bukan dengan tangan kosong, rupa-rupanya dia membawa bekalan makanan ala barat seperti ‘sandwich’, kentang goreng dan ‘cheezy wedges’. Emma mengesat air liur yang hampir keluar disebabkan kelazatan bekalan yang dibawa oleh naqibah mereka. Hiperbola pula saya ceritakan ini. Haha…

Selepas sesi ohana sebentar tadi, mereka menikmati hidangan yang dibawa oleh Kak Siti Saleha.
“Boleh kak nak lihat gambar kamu selfie tadi?”

Terus Sheila membuka aplikasi gambar dalam Sony Xperia Z. “Yang ni kak. Kalau kak nak lihat gambar seterusnya kak tekan macam ni…”

Kak Saleha tersenyum, “Terima kasih.”

Sambil melihat gambar tersebut, Siti Saleha sekali lagi bertanyakan soalan kepada Sheila, “Apa perasaan kamu apabila berselfie?”

“Gembira kak. Lebih-lebih lagi bila gambar tu cantik.”

Jawapan yang sudah dijangka. Sungguh berseni Siti Saleha dalam memberikan kefahaman kepada adik-adik usrahnya.

“Seandainya kita selfie dan apa yang ditangkap pada gambar itu adalah dosa kita… Macam mana?”

“Emma rasakan, mesti kita ingin bertaubat sungguh-sungguh. Maklumlah kita nampak dosa kita yang menggunung.” Emma cuba menjawab. ‘Hampir tepat’, getus hati Saleha.

“Kita selaku muslimah, apakah lebih sesuai berselfie dan paparkan gambar tersebut di Instagram?”

“Rasanya Rafiah boleh mencuba…”

“Insya-Allah kak saya cuba menjawab. Rasanya tak patut kita berselfie. Nampak tak berapa sopan. Lelaki kat luar tu mungkin buat tahu pada gambar kita paparkan. Melainkan dalam keadaan ramai atau kita selfie dan kita kaburkan wajah kita pada gambar tersebut.”

“Benar kata adik tu. Tak salah kalau berselfie untuk simpanan sendiri. Tetapi ingat, teknologi sekarang mudah sahaja ceroboh dan mengambil gambar kita dalam internet. Sebaik-baiknya kita cuba elakkan.”

“…dan lagi satu, tentang selfie diri. Jangan lupa untuk bermuhasabah diri. Memang masing-masing ada kekurangan. Kekurangan itu membantu kita menjadi lebih baik untuk menjadi insan sempurna di mata Allah.”

Serentak mereka membalas, “Insya-Allah kak!”


Ada apa-apa masalah ingin dikongsikan, atau cadangan penambahbaikan penulisan saya?

Sila emelkan ibnukhalid313@yahoo.com atau awankhaled@tarbiyyahkreatif.com
Share on:


“Ustaz, cinta sebelum bernikah. Perkara ini ada tak dalam Islam?”

Ini merupakan soalan paling kerap yang ditanya. Soalan di atas sebenarnya diutarakan kepada saya semenjak sekolah menengah lagi. Untuk makluman, saya pernah bersekolah di imtiaz Kuala Berang dan di sana saya pernah beberapa kali menjadi utusan surat cinta. Ketika ini saya tidak memahami langsung tentang perkara berkaitan dengan cinta berlainan jantina.

Kemudian, saya berpindah ke SMK Sultan Ahmad. Di sana saya sering menjadi tempat rujuk kerana mereka menganggap saya ini ustaz disebabkan imej dan penampilan saya. Sebelum memasuki IPG, saya tidak menganggap bahawa bercinta sebelum berkahwin adalah dibenarkan dalam Islam. Cuma ketika itu saya belum memahami dan menyedari ada konsep taaruf. Oleh itu, saya kebiasaanya menjawab, “Boleh je bercinta sebelum bernikah asalkan mengikut syariat.”

“Maksudnya, tidak berdua-duaan, tidak buat temujanji di mana-mana tempat, tidak berpegangan tangan dan tidak telefon untuk perkara yang melalaikan.”

Apa itu TAARUF?


Sekiranya taaruf itu dikaitkan dengan pernikahan, maka taaruf itu bermakna proses saling mengenal antara seorang lelaki dengan seorang perempuan sebelum memasuki langkah seterusnya. Khitbah iaitu meminang.

“Macam mana nak kenal kalau ber’dating’ tak boleh, telefon tak boleh?”

Adakah telefon tidak dibenarkan? Adakah menghantar mesej tidak dibenarkan?

Boleh! (sebahagian mereka yang bergayut telefon menarik nafas lega.)


Tetapi, persoalannya adakah anda menjaga hubungan anda sebaiknya?

“Awak hari ini nak pakai baju apa ye?”

“Hari ini saya ternampak awak. Awak bersopan memakai tudung labuh, awaklah bidadari di hati saya!”

“Jangan lupa solat ye. Kalau awak tak solat saya tak sayang awak.”

Adakah anda seperti ini? Kalau(seandainya ada) saya sekalipun akan membataskan menghubungi wanita tersebut hanya untuk urusan teramat penting. Tanya soal nak makan apa? Lebih baik kita telefon mak tanya mak makan apa hari ini. Itu sudah halal dan dapat pahala lagi berbanding tanya wanita yang awak inginkan sebagai teman hidup. Mungkin merosakkan hati dan menjejaskan hubungan anda dengan Allah dengan limpahan maksiat yang dilakukan.

Antara yang dicadangkan oleh beberapa tokoh personaliti dakwah dan penulis buku yang mengupas tentang taaruf, cara bertaaruf itu seperti bertukar biodata sehingga masing-masing mendapat gambaran tentang gambaran orang yang ingin bertaaruf dengannya.

Selain itu, memberikan gambaran tentang keluarga masing-masing dan mereka memberitahu kriteria yang diinginkan oleh pasangan masing-masing. Untuk menjadikan keluarga yang dibina itu ada matlamat dan diredhai Allah, maka susun matlamat rumah tangga yang diidamkan. Maksudnya matlamat jangka panjang.  

“Wow, bestnya kalau macam ni! Islamik la kalau kami 'dating' nanti… Taaruf katakan.”

"Tunggu dulu syaratnya!"

Syarat Taaruf

1.       Tutup aurat
2.       Tidak boleh berkhalwat(berdua-duaan) tanpa disertai mahram sama ada tempat sunyi atau tempat tumpuan orang.
3.       Tidak boleh bersentuhan.
4.       Dibenarkan nazhar iaitu melihat calon secara langsung. Syaratnya hati benar mantap untuk melakukan pernikahan.
5.       Tidak berjenaka, merayu, ketawa riang dan membincangkan perkara menaikkan nafsu syahwat.

Ada juga menggunakan kawan sebagai peneman tetapi membawa bersama berjalan-jalan ke hulu ke hilir. Itu dipanggil cinta kerana Allah? Nauzubillahu minzalik.

Sekiranya merasakan sepadan, maka mereka akan segera bernikah(mengikut proses yang digariskan).

“Kalau macam ni, kelihatan macam proses nak mengurat la juga ni.”

Sebenarnya banyak perbezaan antara taaruf dan bercinta. Kepada mereka yang memilih taaruf, mereka akan mendekatkan pelakunya pada pernikahan yang diberkati Allah dengan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Bercinta pula, tiada had. Tiada garis panduan. Membahayakan diri dan calon mereka. Maka seandainya di antara kita bercinta, maka saranan saya lebih baik meneruskan pada jalan pernikahan dengan masa yang terdekat.


Ada apa-apa masalah ingin dikongsikan, atau cadangan penambahbaikan penulisan saya?

Sila emelkan ibnukhalid313@yahoo.com atau awankhaled@tarbiyyahkreatif.com
Share on:
Sahabat yang baik adalah sahabat yang senantiasa berdoakan untuk kebaikan sahabatnya di dalam doanya. Kebiasaannya orang-orang soleh yang ditemui oleh saya akan sampaikan pesanan seperti, “Enta tolong doakan ana ye.”


Ayat ini menjadi kelaziman kepada saya apabila bertemu dengan sahabat yang dekatnya diri mereka dengan amalan yang dilakukan oleh para ulama. Akhlak mereka cukup manis untuk dirasai, cukup harum untuk dihidu terasa diri yang penuh noda maksiat. Apatah lagi pahala mungkin diri ini tidak pernah kunjung tiba atau jarang-jarang dilakukan.
Apa yang saya ingin titipkan buat sahabat yang membaca, dekatilah orang yang soleh. Nescaya kita akan merasakan diri kita amat hina. Ya, cukup hina ini masa terbaik untuk kita bermuhasabah. Masa yang cukup baik untuk kita menyedari bahawa kita hanya hamba Allah serba kekurangan dan kelemahan. Masa yang sesuai untuk kita bertaubat kepada Allah atas dosa yang dilakukan oleh kita sebelum ini.

Mudah-mudahan Allah mengampuni dosa kita.

Pesanan terakhir kepada pembaca, “Kamu tolong doakan untuk diri saya ye. Biar jadi baik. Menjadi anak soleh, insan yang baik untuk berbakti kepada masyarakat dan guru yang bakal menunjukkan akhlak baik kepada anak murid. Ameen.”

Ada apa-apa masalah ingin dikongsikan, atau cadangan penambahbaikan penulisan saya?

Sila emelkan ibnukhalid313@yahoo.com atau awankhaled@tarbiyyahkreatif.com
Share on:
Hari ini merupakan malam pertama minggu orientasi kami. Selepas selesai solat isyak, kami kena berkumpul di hadapan Balai Islam Al-Muttaqin. Senior AJK kerohanian dan disiplin tampak wajah 'angkuh' dan garang berbeza apabila kami memandang pada awal pendaftaran pagi tadi.
"Mana ketua unit? Saya mahu ketua unit sila laporkan jumlah anggota unit anda. Pastikan semua cukup!"
Eh, mana kami lantik ketua unit lagi! Macam mana ni? Penghulu bagi peserta minggu orientasi kami memaklumkan bahawa setiap unit belum melantik ketua unit.
Secara spontan aku dilantik menjadi ketua unit bagi unit Pendidikan Seni Visual bagi semester 1 Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan(PPISMP).
Selepas urusan di tapak berkumpulnya kami di depan balai islam, pihak pengurusan minggu orientasi terdiri daripada senior siswa guru IPG membawa kami semula ke dewan Al-Farabi.
Malam ini, penceramah jemputan bernama Ustaz Ismail atau dipanggil sebagai Ustaz Storm. Antara ayat yang menjentik perasaan aku ketika ini yang tidak mahu menjadi seorang penjawat awam bernama guru ialah, "Guru bukanlah tugas yang mudah. Ia merupakan tugas warisan yang kalian perolehi daripada para anbiya. Mendidik manusia untuk memanusiakan manusia. Bukan menjadi orang! Menjadi orang mudah tapi nak jadi manusia itu susah."
Bersambung...
Share on:
  • ← Previous post

About Me

Awananology Studio
View my complete profile
  • Coretan blog ini berkenaan travelog diri saya
  • Assalamualaikum, Namaku Hazwan. I'Guru pelatih tahun akhir PISMP di IPG KDRI.
140x140

Hazwan Khalid

Pemilik blog

Popular Posts

  • Ibrah Nabi Ibrahim, Ibrah Aidil Adha
    Bicara tentang aidiladha, bicara juga ibrah Nabi Ibrahim. Kisah Cinta seorang bapa, tawakal tinggi si anak, kasih sayang seorang ibu da...
  • Otak dan Ayat 30 Surah an-Nur
    “Kenapa mamat hensem tu usha aku semacam je?” “Aku tak selesalah berada sini. 3 orang lelaki kat depan tu tak berhenti tenung aku.” ...
  • Usrah Yang Poyo!
    “Assalamualaikum sahabat semua!” Salam abang naqib dibalas dengan bersemangat. Sambil tersenyum,“Waalaikumussalam.” Abang naqib mem...
  • Taaruf Sebelum Bernikah
    “Ustaz, cinta sebelum bernikah. Perkara ini ada tak dalam Islam?” Ini merupakan soalan paling kerap yang ditanya. Soalan di atas sebe...
  • Jom Kita Berselfie!
    “Satu… Dua… Tiga!” Sheila Majid tersenyum apabila melihat gambarnya bersama kawan karibnya Emma Maembong dan Rafiah Buang kelihatan men...
  • Minggu Orientasi 1
    Hari ini merupakan malam pertama minggu orientasi kami. Selepas selesai solat isyak, kami kena berkumpul di hadapan  Balai Islam Al-Muttaqi...
  • Doakan Ana Ye!
    Sahabat yang baik adalah sahabat yang senantiasa berdoakan untuk kebaikan sahabatnya di dalam doanya. Kebiasaannya orang-orang soleh yang...
  • "Maafkan Abah..."
    Kisah ini adalah kisah benar. Sama-sama kita renungkan dan jadikan pengajaran. Insya-Allah Hari yang cukup meletihkan. Menyakitkan. Mem...
  • Aku di IPG 5 tahun
    2009 Pada tahun 2009, aku ditawarkan melanjutkan pelajaran di IPG. 2011  Antara kenangan aku tidak lupa ialah memegang jawatan se...
Facebook Twitter Gplus RSS
Labels
  • al-Quran
  • Baitul Muslim
  • Fikrahku
  • Usrah

My Blog List

  • Saifulislam.Com
    Antara Socrates dan Salamis: Merenung ‘Kerosakan’ Anak Muda dalam Memori Sejarah
    1 month ago
  • LATIF MAULAN
    Gallops of Champions - Oil Painting on Canvas
    1 year ago
  • Blog Aku ISLAM
    Adakah Kaki Yang Dipotong Perlu Di Solat Jenazah?
    4 years ago
  • " Selamat Tinggal "
    Sendiri Ku Diam
    9 years ago
  • Kisah Teladan Islamik
    Amerika: Negara Islam yang dimurtadkan
    11 years ago
  • Mujahidah Pemburu Syahid
    Isu Aurat – Debat Ustaz vs Gadis Liberal
    13 years ago
  • BURHANSHADIQ
latest comments
Awan Khaled @Hazwan_Khalid
@PK 1 Ini tweet saya@Hazwan Khalid
Reply Retweet Favorite

Dimulai 04 Oktober 2014

Awan Khaled @Hazwan_Khalid
@PK 1 Ini tweet saya@Hazwan Khalid
Reply Retweet Favorite

Dimulai 04 Oktober 2014

Awan Khaled @Hazwan_Khalid
@PK 1 Ini tweet saya@Hazwan Khalid
Reply Retweet Favorite

Dimulai 04 Oktober 2014

Blog ini memaparkan kehidupan dan cetusan daripada saya.

Facebook Twitter Flickr Gplus Youtube

Coretan Musafir

Lakar garis kehidupan dengan dakwat mardhatillah

  • Home