“Ustaz, cinta sebelum bernikah. Perkara ini ada tak dalam
Islam?”
Ini merupakan soalan paling kerap yang ditanya. Soalan di atas sebenarnya diutarakan
kepada saya semenjak sekolah menengah lagi. Untuk makluman, saya pernah
bersekolah di imtiaz Kuala Berang dan di sana saya pernah beberapa kali menjadi
utusan surat cinta. Ketika ini saya tidak memahami langsung tentang perkara berkaitan dengan cinta berlainan jantina.
Kemudian, saya berpindah ke SMK Sultan Ahmad. Di sana saya
sering menjadi tempat rujuk kerana mereka menganggap saya ini ustaz disebabkan
imej dan penampilan saya. Sebelum memasuki IPG, saya tidak menganggap bahawa
bercinta sebelum berkahwin adalah dibenarkan dalam Islam. Cuma ketika itu saya
belum memahami dan menyedari ada konsep taaruf. Oleh itu, saya kebiasaanya
menjawab, “Boleh je bercinta sebelum bernikah asalkan mengikut syariat.”
“Maksudnya, tidak berdua-duaan, tidak buat temujanji di
mana-mana tempat, tidak berpegangan tangan dan tidak telefon untuk perkara yang
melalaikan.”
Apa itu TAARUF?
Sekiranya taaruf itu dikaitkan dengan pernikahan, maka
taaruf itu bermakna proses saling mengenal antara seorang lelaki dengan seorang
perempuan sebelum memasuki langkah seterusnya. Khitbah iaitu meminang.
“Macam mana nak kenal kalau ber’dating’ tak boleh, telefon
tak boleh?”
Adakah telefon tidak dibenarkan? Adakah menghantar mesej
tidak dibenarkan?
Boleh! (sebahagian mereka yang bergayut telefon menarik
nafas lega.)
Tetapi, persoalannya adakah anda menjaga hubungan anda
sebaiknya?
“Awak hari ini nak pakai baju apa ye?”
“Hari ini saya ternampak awak. Awak bersopan memakai tudung
labuh, awaklah bidadari di hati saya!”
“Jangan lupa solat ye. Kalau awak tak solat saya tak sayang
awak.”
Adakah anda seperti ini? Kalau(seandainya ada) saya
sekalipun akan membataskan menghubungi wanita tersebut hanya untuk urusan
teramat penting. Tanya soal nak makan apa? Lebih baik kita telefon mak tanya
mak makan apa hari ini. Itu sudah halal dan dapat pahala lagi berbanding tanya wanita
yang awak inginkan sebagai teman hidup. Mungkin merosakkan hati dan menjejaskan
hubungan anda dengan Allah dengan limpahan maksiat yang dilakukan.
Antara yang dicadangkan oleh beberapa tokoh personaliti
dakwah dan penulis buku yang mengupas tentang taaruf, cara bertaaruf itu
seperti bertukar biodata sehingga masing-masing mendapat gambaran tentang
gambaran orang yang ingin bertaaruf dengannya.
Selain itu, memberikan gambaran tentang keluarga
masing-masing dan mereka memberitahu kriteria yang diinginkan oleh pasangan
masing-masing. Untuk menjadikan keluarga yang dibina itu ada matlamat dan
diredhai Allah, maka susun matlamat rumah tangga yang diidamkan. Maksudnya
matlamat jangka panjang.
“Wow, bestnya kalau macam ni! Islamik la kalau kami 'dating' nanti… Taaruf katakan.”
"Tunggu dulu syaratnya!"
Syarat Taaruf
1. Tutup aurat
2. Tidak boleh berkhalwat(berdua-duaan) tanpa disertai mahram sama ada tempat sunyi atau tempat tumpuan orang.
3. Tidak boleh bersentuhan.
4. Dibenarkan nazhar iaitu melihat calon secara langsung. Syaratnya hati benar mantap untuk melakukan pernikahan.
5. Tidak berjenaka, merayu, ketawa riang dan membincangkan perkara menaikkan nafsu syahwat.
Ada juga menggunakan kawan sebagai peneman tetapi membawa
bersama berjalan-jalan ke hulu ke hilir. Itu dipanggil cinta kerana Allah?
Nauzubillahu minzalik.
Sekiranya merasakan sepadan, maka mereka akan segera
bernikah(mengikut proses yang digariskan).
“Kalau macam ni, kelihatan macam proses nak mengurat la juga
ni.”
Sebenarnya banyak perbezaan antara taaruf dan bercinta. Kepada mereka
yang memilih taaruf, mereka akan mendekatkan pelakunya pada pernikahan yang
diberkati Allah dengan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
Bercinta pula, tiada had. Tiada garis panduan. Membahayakan diri dan calon mereka. Maka seandainya di antara kita bercinta, maka saranan saya lebih baik meneruskan pada jalan pernikahan dengan masa yang terdekat.
Bercinta pula, tiada had. Tiada garis panduan. Membahayakan diri dan calon mereka. Maka seandainya di antara kita bercinta, maka saranan saya lebih baik meneruskan pada jalan pernikahan dengan masa yang terdekat.
Ada apa-apa masalah ingin dikongsikan, atau cadangan
penambahbaikan penulisan saya?



0 comments