Hari ini merupakan malam pertama minggu orientasi kami. Selepas selesai solat isyak, kami kena berkumpul di hadapan Balai Islam Al-Muttaqin. Senior AJK kerohanian dan disiplin tampak wajah 'angkuh' dan garang berbeza apabila kami memandang pada awal pendaftaran pagi tadi.
"Mana ketua unit? Saya mahu ketua unit sila laporkan jumlah anggota unit anda. Pastikan semua cukup!"
Eh, mana kami lantik ketua unit lagi! Macam mana ni? Penghulu bagi peserta minggu orientasi kami memaklumkan bahawa setiap unit belum melantik ketua unit.
Secara spontan aku dilantik menjadi ketua unit bagi unit Pendidikan Seni Visual bagi semester 1 Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan(PPISMP).
Selepas urusan di tapak berkumpulnya kami di depan balai islam, pihak pengurusan minggu orientasi terdiri daripada senior siswa guru IPG membawa kami semula ke dewan Al-Farabi.
Malam ini, penceramah jemputan bernama Ustaz Ismail atau dipanggil sebagai Ustaz Storm. Antara ayat yang menjentik perasaan aku ketika ini yang tidak mahu menjadi seorang penjawat awam bernama guru ialah, "Guru bukanlah tugas yang mudah. Ia merupakan tugas warisan yang kalian perolehi daripada para anbiya. Mendidik manusia untuk memanusiakan manusia. Bukan menjadi orang! Menjadi orang mudah tapi nak jadi manusia itu susah."
Bersambung...
0 comments