“Satu… Dua… Tiga!”
Sheila Majid tersenyum apabila melihat gambarnya bersama
kawan karibnya Emma Maembong dan Rafiah Buang kelihatan menarik sekiranya
dipaparkan dalam Facebook dan Instagram.
Tanpa disedari, kelibat Siti Saleha menghampiri mereka.
Tersenyum Siti Saleha melihat adik-adik usrahnya bergembira. Dalam jarak dua
tiga langkah lagi menghampiri mereka bertiga, Siti Saleha memberikan salam.
“Assalamualaikum kawan-kawan!”
Sheila Majid dan Emma Maembong terkejut melihat sosok tubuh
naqibah mereka menjelma tiba-tiba di hadapan. “Eh, Kak Saleha!”
“Waalaikumussalam kak…”
“Bila kak…” Masing-masing berpandangan antara satu sama lain
bila menyedari masing-masing hampir serentak bertanyakan soalan yang sama.
Sekali lagi mereka tergelak.
Sheila Majid tepuk belakang Rafiah Buang, “Awaklah tanya.
Nanti tak pasal-pasal kita tanya soalan serentak macam tadi.”
“Bila kak mari? Kami tak perasan pun kak sampai di sini.”
Siti Saleha membalas, “Ala… baru saja akak melintas kat
sini. Kamu ni dah lama dah selfie ye?”
“Ha’ah… Saja main-main dulu sebelum bermula sesi ohana kita
di sini.”
Kak Saleha rupanya hadir bukan dengan tangan kosong,
rupa-rupanya dia membawa bekalan makanan ala barat seperti ‘sandwich’, kentang goreng
dan ‘cheezy wedges’. Emma mengesat air liur yang hampir keluar disebabkan
kelazatan bekalan yang dibawa oleh naqibah mereka. Hiperbola pula saya
ceritakan ini. Haha…
Selepas sesi ohana sebentar tadi, mereka menikmati hidangan
yang dibawa oleh Kak Siti Saleha.
“Boleh kak nak lihat gambar kamu selfie tadi?”
Terus Sheila membuka aplikasi gambar dalam Sony Xperia Z. “Yang
ni kak. Kalau kak nak lihat gambar seterusnya kak tekan macam ni…”
Kak Saleha tersenyum, “Terima kasih.”
Sambil melihat gambar tersebut, Siti Saleha sekali lagi
bertanyakan soalan kepada Sheila, “Apa perasaan kamu apabila berselfie?”
“Gembira kak. Lebih-lebih lagi bila gambar tu cantik.”
Jawapan yang sudah dijangka. Sungguh berseni Siti Saleha
dalam memberikan kefahaman kepada adik-adik usrahnya.
“Seandainya kita selfie dan apa yang ditangkap pada gambar
itu adalah dosa kita… Macam mana?”
“Emma rasakan, mesti kita ingin bertaubat sungguh-sungguh.
Maklumlah kita nampak dosa kita yang menggunung.” Emma cuba menjawab. ‘Hampir
tepat’, getus hati Saleha.
“Kita selaku muslimah, apakah lebih sesuai berselfie dan
paparkan gambar tersebut di Instagram?”
“Rasanya Rafiah boleh mencuba…”
“Insya-Allah kak saya cuba menjawab. Rasanya tak patut kita
berselfie. Nampak tak berapa sopan. Lelaki kat luar tu mungkin buat tahu pada
gambar kita paparkan. Melainkan dalam keadaan ramai atau kita selfie dan kita
kaburkan wajah kita pada gambar tersebut.”
“Benar kata adik tu. Tak salah kalau berselfie untuk
simpanan sendiri. Tetapi ingat, teknologi sekarang mudah sahaja ceroboh dan
mengambil gambar kita dalam internet. Sebaik-baiknya kita cuba elakkan.”
“…dan lagi satu, tentang selfie diri. Jangan lupa untuk
bermuhasabah diri. Memang masing-masing ada kekurangan. Kekurangan itu membantu
kita menjadi lebih baik untuk menjadi insan sempurna di mata Allah.”
Serentak mereka membalas, “Insya-Allah kak!”
Ada apa-apa masalah ingin dikongsikan, atau cadangan
penambahbaikan penulisan saya?



0 comments