Bicara tentang aidiladha, bicara juga ibrah Nabi Ibrahim. Kisah Cinta seorang bapa, tawakal tinggi si anak, kasih sayang seorang ibu dan pengorbanan seorang isteri.
Pengorbanan Sarah dalam menanti zuriat tidak kunjung tiba sehingga makin meningkat usia. Si suami sabar menanti sehingga Sarah rela Nabi Ibrahim mengahwini Hajar. Ingat baginda lakukan perkara ini sebagai last option bukan quick option berbeza dengan orang melayu di sini.
Kisah safa dan marwa juga bukti kasih sayang seorang ibu, Hajar dalam memastikan anaknya tidak dahaga di bumi bakkah.
Cinta Nabi Ibrahim teruji dengan turunnya perintah Allah untuk menyembelih Nabi Ismail walau baru sahaja bersua sekian lama tak berjumpa. Ini menguji kefahaman fiqh auwlawiyyat Nabi Ibrahim(dari sudut praktikal).
Ketawakalan Nabi Ismail yang mempercayai arahan Allah tiada lain melainkan segalanya mengandungi hikmah. Berkata baginda kepada ayahandanya, "Allah tidak menjadikan sesuatu(arahan) itu sia-sia..."
Seandainya kita mencontohi ibrah mereka mungkin tidak dapat tidak kita merayakan hari raya aidiladha setiap hari. Bukannya sekali setahun.

0 comments