“Assalamualaikum sahabat semua!”
Salam abang naqib dibalas dengan bersemangat. Sambil
tersenyum,“Waalaikumussalam.”
Abang naqib memandang wajah sahabat-sahabat usrah yang
dikasihi. Tersenyum. “Alhamdulillah, pada hari ini kita bersua sekali lagi
dengan izin Allah untuk bertemu dengan sahabat usrah. Lepak kita ini lepak yang
berilmiah. Bahkan dekat sekali dengan kalimah yang memuji dan mengingati Allah.
Bagaimana pesanan mesej dalam ‘whatsapp’ abang dua hari lepas? Tugasan abang
berikan ialah mencari huraian ayat 133 dan 134 dalam surah Ali ‘Imran.”
Kebiasaannya?
Ahli usrah pertama: Alhamdulillah abang, lima belas minit
sebelum bermula usrah kita tadi, saya sempat cari dalam internet.
Ahli usrah kedua: Erm… semalam saya nak cari abang. Tapi kawan
saya ajak main PES 2015. Baru keluar game ni, takkan nak lepaskan peluang?
Ahli usrah ketiga: Walau saya sibuk, saya sempat menelaah
tafsir sebaik sahaja mesej abang sampai kepada saya. Dalam ayat ini, perkara
yang paling menarik perhatian saya ialah al-Kazhimin. Menurut al-Qurtubi, makna
asalnya ialah mengembalikan ke dalam bekas. Perkara ini sesuai ayat 134 yang
memaksudkan wal kazhimin itu ialah ‘dan orang yang menahan kemarahannya…’.
Kisah Ahli Usrah Pertama
Lihat. Kebiasaannya akan ada tiga kelompok yang saya namakan
ahli usrah pertama, ahli usrah kedua dan ahli usrah ketiga. Ahli usrah pertama
akan mencari maklumat pada saat hampir dengan sesi usrah pada hari tersebut.
Seandainya diberikan masa setahun sekalipun, pada hari yang ditetapkan itulah
baru dia tergesa-gesa mencari maklumat dan tugasan naqib tersebut.
Golongan seperti ini kuat berdalih. Masa tak cukup, tugasan
kuliah menghalang dia mencari tugasan usrah yang dikehendaki naqib, terlupa
tugasan naqib berikan, dan alasan serupa cuma berubah-ubah olahannya agar
jawapan itu dapat menenangkan hati dan jiwa diri sendiri. Pendek kata? Syok
sendiri!
Eh, tak habis lagi? Memanglah. Saya nak bawa kisah ahli
usrah pertama ini bila dia menjadi naqib pula. Apa yang akan terjadi? Usrah
jadi hancur. Pengisian kosong. Huraian goreng sampai hangit. Bau hangit tapi
masih tersenyum tak sedar diri bahawa diri sendiri merosakkan bakal daie yang
sedang dibentuk!
Kisah Ahli Usrah Kedua
Ahli usrah kedua ini lagi kuat berdalih. Hatinya amat
kering. Walaupun alasannya nampak sudah dia bersalah, tapi diputarkan sehingga
dinampakkan naqib pula bersalah, dia pula dizalimi. Hebat bukan?
Betulkah
realitinya begini? Tepuk dada, sentuh hati, tanya iman. Memang wujud.
Keadaannya sama seperti ahli usrah pertama. Tetapi masalah paling teruknya pada
gerak kerja dakwah pun dia aplikasi seni putar belitnya itu sehingga dakwah pun
terbengkalai kerana dia.
Sedih bukan?
Bagaimana kita nak lahirkan daie yang kompeten? Seandainya
dicampak satu tempat keseorangan. Sudah hilang usrah sebelum ini dilakukan.
Ilmu? Baca sekadar naqib berikan. Itu pun tidak pasti melekat atau tidak dalam
kepalanya. Akhirnya dia diam diri. Tenggelam dalam lubuk lagha berkekalan.
Kisah Ahli Usrah Ketiga
Saya bertanya kepada anda. Ya! Siapa lagi ada di sini
melainkan anda dan saya? Apakah yang akan berlaku kepada ahli usrah ketiga ini?
Lain orang lainlah pandangan. Saya nampak dia bakal menjadi daie yang kompeten.
Dia bakal mewujudkan qaryah takwa di setiap tempat yang dia lalui. Melampau
bukan imaginasi saya? Apa yang berlaku, dakwah hanyalah ikhtiar dan usaha kita.
Yang berkuasa membolak balik hati manusia itu hanya Allah Azza wa Jalla.
Bermula dari sekarang, kita ubah diri kita.
Ingat!
Bila kita berubah, usrah kita bukan lagi poyo.
Bila kita berubah, usrah kita adalah markaz bintang daie
bersinar.
Sekiranya anda naqib, anda bakal mendapat saham akhirat yang
banyak daripada perkaderan usrah anda. Sekiranya anda mad’u usrah, anda bakal
melangkah dunia yang pahit banyak kerana itu jalan mudah untuk ke syurga idaman
semua.
Insya-Allah.
Ada apa-apa masalah ingin dikongsikan, atau cadangan
penambahbaikan penulisan saya?


0 comments